Sebagai seorang manusia, kita tidak akan terlepas untuk mengagumi akan keindahan ciptaanNya. Namun untuk menzahirkan setiap apa yang dirasa tidak cukup dengan hanya melafazkan kata-kata. Akal dan hati untuk menilai akan setiap bait2 yang tertulis hanya untuk menzahirkan abstrak yang ada.
Akan kukarang satu puisi buatmu,
Untuk menyatakan bahwa kamu temanku,
Punya kudrat untuk menjatuhkan insan
Bergelar lelaki,
Bukan berseloroh mahupun membesar-besar,
Namun kurasa itu hakikat yang nyata,
Meski kamu merasa dirimu punya kekurangan,
Tapi tidak pada mata yang memandang,
Mengugurkan insan bergelar lelaki,
Dibalik sinar purnama merindu,
Terpancar wajah suci polosmu menerakan diri,
Kamu temanku wahai wanita pujaan lelaki,
Terkadang rasa auramu tatkala kita bersama,
Mengapa semua mata memandang seakan mahu menerpaku?
Apakah khilaf aku pada mereka?
Namun akhirnya ku sedari jua,
Semuanya kerana kamu ada bersama,
Oh,
Kamu wanita pujaan jejaka,
Lenggok langkahmu mengundang kaget,
Terhenti gerak mereka yang memandang,
Tika kau melangkah pergi,
Irama alam mengiringi setiap tapak gerak kaki,
Mengapa kamu begitu mempersona mereka?
Aku hanya mampu tersenyum melihat gelagat mereka,
Kerna aku temanmu,
Yang tahu dan mengenali dirimu,
Yang mana cukup untuk membuat jantung,
Berhenti seketika dan bergetar kencang,
Buat mereka bergelar lelaki,
Melainkan diriku,
Kerna kamu temanku.
~p.s~
Dedikasi buat teman rapatku...kerana kau sahabat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment